1. AMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,
melaksanakan solat sunat, solat fardhu, dan solat subuh berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala daripada Allah SWT.
- Kesegaran udara pada waktu subuh yang bagus untuk
kesihatan / terapi penyakit TB.
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.
2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih. Setiap hari
Khamis atau Jumaat beliau bercukur, memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap
orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai
harum-haruman" (HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar
dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai
kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan
adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan
jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki,
keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan
lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi
sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah
terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh
kebersihan dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah ianitu bila berdiri maka
duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan.
- Segeralah berwuduk.
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan hati.
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam
bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta
tawakal kepada Allah SWT.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesihatan jiwa dan mental,
maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak
iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat,
berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Dan
disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi
kepuasan dalaman yang hakiki.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment